SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA

Logo & Lagu







PENGERTIAN LAMBANG DAN WARNA

Lencana sekolah ini mula digunakan secara rasmi pada Januari 1966

Warna
Merah - Lambang semangat yang berkobar-kobar untuk belajar bersungguh-sungguh bagi menimba ilmu pengetahuan sebanyak mungkin

Putih - Lambang budi pekerti yang luhur,suci hati,tulus ikhlas dan berahklak mulia .
Kuning -Lambang nilai murni yang harus ada pada pelajar.

Lambang
i.Roda
Lambang progres iaitu sentiasa bergerak maju menuju arus perubahan dan kemajuan .

ii.Pena dan Buku
Pena lambang sumber ilham dan buku sebagai lambang ilmu pengetahuan yang wajib dituntut dan dicari sebanyak mungkin .

iii.5 Bucu
lambang  prinsip Rukun Negara yang wajib dipatuhi sebagai panduan hidup di dunia dan di akhirat.


Lagu Sekolah 


Berkibar bendera kita 
Meganya di angkasa 
Itulah lambang negara 
Berdaulat dan merdeka

Sekolah Seri Kemajuan
Tempat mencari ilmu 
Sebagai ibu kandungan
Kami kunjungi selalu

Ilmu suluh hidup 
Cogan sekolah kami 
Jadi panduan hidup
Kami dewasa nanti

Berkibar bendera kita 
Megahnya jiwa muda 
Berbakti pada ibunda
Untuk selama - selama.